SALAM MUHIBBAH DARIPADA RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM AKRAM@KSM AKHLAK KOMITMEN RASIONAL AMANAH MULIA

Monday, July 6, 2009

SEJARAH AKRAM

Dipetik drp: http://www.interactive.jpa.gov.my/psikologi/Akram.asp

LATAR BELAKANG

Pada tahun 1999, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam. Melalui pekeliling ini setiap kementerian dan jabatan diharapkan dapat menubuhkan Unit Perkhidmatan Kaunseling secara formal dan terancang. Sementara Pegawai Kaunseling yang dilantik terdiri daripada pegawai-pegawai sedia ada dan mereka perlu diberi latihan kemahiran asas kaunseling.

Bagi memenuhi keperluan ini, Bahagian Perkhidmatan Psikologi telah menyediakan 3 tahap modul Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) untuk digunakan oleh kementerian dan jabatan. Setiap modul dilaksanakan selama 3 hari. Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan dan pemahaman berhubung fungsi dan peranan kaunseling kepada pegawai dalam Perkhidmatan Awam.

Selain itu, ia juga untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran kaunseling kepada pegawai agar aplikasi psikologi dapat diterapkan dalam pengurusan sumber manusia di kementerian/jabatan dan agensi kerajaan. Melalui peningkatan kemahiran ini, maka pendekatan modal insan dapat dibangunkan.

Pegawai yang telah tamat ketiga-tiga tahap program tersebut layak dilantik sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAM) serta boleh berfungsi sebagai rakan pembimbing dan mentor di kementerian/jabatan masing-masing.

AKRAM

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAM merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling perkhidmatan bilangan 18 tahun 2005. AKRAM diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantara untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Di samping itu, ia juga sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

AKRAM terdiri daripada pegawai yang telah dilatih dan memenuhi syarat kursus bagi Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) sebanyak tiga peringkat iaitu asas, pertengahan dan lanjutan yang dianjurkan oleh agensi masing-masing. Manakala inputnya disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi (BPPs)

AKRAM membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Mulia, merupakan ciri-ciri penting perlu ada pada seorang rakan pembimbing. .

AKRAM juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, mereka yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai AKRAM.

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

SELAMAT DATANG KE AKRAM KSM

Read more...
There was an error in this gadget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP